suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Cedera Ditembak

IPOH: Seorang lelaki tempatan cedera akibat terkena tembakan dalam satu kejadian berhampiran sebuah pasar raya di Sungai Siput, dekat sini, Rabu malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata dalam kejadian 9.50 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal dihampiri dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda EX5 sebelum suspek melepaskan tiga das tembakan.

"Akibat tembakan itu, mangsa yang berusia 26 tahun itu cedera di bahagian lengan kanan dan bahagian belakang badan kanannya," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Dzuraidi berkata polis sedang mengesan suspek terbabit dan motif kejadian masih disiasat.

Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut.


Tembak, Polis

Artikel Lain