suria

Najib, Tun M Ziarah Jenazah Allahyarham Abdul Hamid

Najib menyampaikan ucapan takziah kepada Puan Sri Latipah Abdullah (kanan) semasa menziarahi jenazah Abdul Hamid di kediamannya pada Rabu. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menziarahi jenazah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin. 

Najib hadir kira-kira pukul 10 pagi Rabu di kediaman Allahyarham di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, di sini.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 

Tun Mahathir ketika ditemui pemberita berkata pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara. 

"Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata Allahyarham banyak berjasa kepada Jakim semasa menjadi Ketua Pengarah Jakim pada tahun 1995 hingga 2000. 

Abdul Hamid yang mempunyai 11 orang anak meninggal dunia akibat sakit jantung pada pukul 9.45 malam Selasa di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Allahyarham merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2001 hingga 2004 selain pernah menjadi Pengerusi Mara dari 2004 hingga 2008. 
Abdul Hamid Zainal Abidin

Artikel Sebelum

Artikel Lain