suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gantian Dokumen Mangsa Banjir Percuma - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Mangsa banjir yang kehilangan sijil kelahiran, kad pengenalan atau lain-lain dokumen pengenalan diri akibat bencana itu akan diberikan gantian secara percuma.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata mereka boleh membuat gantian itu di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negera (JPN), apabila keadaan banjir pulih kelak.

"Untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, orang awam boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam, JPN di talian 03-88807077, 03-88807067, 03-88807069 dan 03-88808206 atau e-mel ke [email protected]," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Zahid juga berkata, kementerian menerusi jabatan serta agensi di bawahnya telah mengambil tindakan segera membantu mangsa banjir yang berhadapan situasi sukar akibat bencana alam itu.

Katanya, ia dilakukan menerusi gerak kerja Jabatan Pertahanan Awam, penglibatan sukarelawan Jabatan Imigresen, penyelarasan dan kawal selia oleh Polis Diraja Malaysia serta khidmat sokongan dan bantuan jabatan dan agensi lain.
banjir, sijil lahir, kad pengenalan

Artikel Lain