Banjir: Puteri Umno Gerakkan 100 Sukarelawan Ke Perak - Semasa | mStar

Banjir: Puteri Umno Gerakkan 100 Sukarelawan Ke Perak

Mas Ermieyati Samsudin.
ALOR GAJAH: Kira-kira 100 anggota Skuad Puteri Prihatin yang merupakan sayap sukarelawan Pergerakan Puteri Umno telah digerakkan ke Perak bagi membantu mangsa banjir di lapan lokasi terjejas bencana alam itu.

Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata anggota sukarelawan berkenaan akan memberi tumpuan bagi menyalurkan bantuan pakaian dan makanan serta apa sahaja bentuk sokongan kepada mangsa terbabit.

"Untuk Kelantan memang ada kita sudah bantu, sukarelawan daripada Puteri Umno bukan sahaja membantu membersihkan malah membantu di pusat pengurusan banjir.

"Sukarelawan ini dari pelbagai sektor seperti doktor yang ada latar belakang perubatan, psikologi, kerana mereka (mangsa banjir) ini dalam keadaan trauma dan ambil masa untuk dipulihkan semangat mereka," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau terdahulu merasmikan Program Jom Ke Sekolah anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Lendu di sini yang menyaksikan seramai 215 pelajar menerima sumbangan pakaian dan peralatan sekolah daripada TNB.

Mas Ermieyati berkata pihaknya turut mengalukan mana-mana pihak yang ingin menyumbang agar tampil ke Pusat Gerakan Puteri Umno yang beroperasi 24 jam di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Bantuan yang diutamakan seperti lampin pakai buang dan susu bayi, pakaian dan keperluan asas untuk wanita dan peralatan sembahyang, katanya.

Beliau berkata sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan pergerakan itu boleh menghubungi pejabat Puteri Umno berhampiran.

Artikel Berikut

Polis Pulau Pinang Dahului Carta Selesai Kes

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ibu muda lahirkan bayi kembar tujuh

Sah! Empat penjuru PRK Semenyih