suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Lagi Mayat Termasuk Pramugari Ditemui

Pemandangan sekitar Laut Jawa menerusi tinjaun dari udara.
JAKARTA: Tiga lagi mayat ditemui pada Rabu termasuk mayat wanita yang berpakaian seragam pramugari AirAsia, kata Ketua Badan SAR Nasional (Basarnas) Indonesia, Bambang Soelistyo.

Dua lagi mayat yang ditemui adalah mangsa lelaki.

Jumlah tersebut menjadikan enam mayat berjaya ditemui setakat ini.

Pada Selasa, Soelistyo mengumumkan dua mayat wanita dan seorang lelaki ditemui.

Beliau berkata, proses mengesan mayat dan serpihan pesawat tergendala berikutan cuaca buruk dan gelombang tinggi di lokasi nahas.

"Kita terpaksa tunggu dan lihat. Cuaca amat buruk pada waktu ini. Gelombong tinggi dan hujan lebat. Semua peralatan sudah bersedia untuk digerakkan sebaik sahaja cuaca kembali reda.

"Kapal laut Singapura dan Malaysia sudah berada di kawasan nahas sekarang. Mereka menyertai kami sejak awal operasi SAR sebelum serpihan pesawat ditemui," katanya.

QZ8501, AirAsia Indonesia

Artikel Lain