suria

Pemilik Rumah Burung Walit Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh

Abdul Razak Hassan

KUANTAN: Seorang pemilik rumah burung walit ditahan bersama tiga pekerjanya bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang warga Indonesia yang ditemui mati dengan kesan hentakan di kepala di Jalan Lipis-Kechau dekat Kuala Lipis Ahad lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan, empat lelaki itu yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun kini ditahan reman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis.

"Mereka ditahan beberapa jam selepas mayat mangsa ditemui oleh pemilik sarang burung walit itu dengan keadaan mayat ditutup dengan kanvas.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Katanya mayat mangsa juga sudah dituntut keluarganya bagi urusan pengkebumian semalam dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa Abdul Rohim, 42, yang baru lima bulan bekerja sebagai buruh binaan di negara ini ditemui mati pada pukul 5.30 petang Ahad lepas dalam keadaan mayat yang telah berbau dan kesan kecederaan di kepala.


burung walit, kes bunuh, Kuala Lipis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain