suria

Kerajaan Sedia Peruntukan RM3 Juta Untuk MLDA

PETALING JAYA: Kerajaan akan memperuntukkan geran sebanyak RM3 juta kepada Persatuan Penyakit Lisosom Malaysia (MLDA) bagi menyokong aktivitinya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam ketika mengumumkan peruntukan itu, berharap lebih banyak pesakit yang menghidap Penyakit Penyimpanan Lisosom (LSD) yang dianggap penyakit yang jarang berlaku, dan dapat dirawat.

"Kementerian akan terus mengkaji cara dan kaedah untuk membantu keluarga dan pesakit yang menghidap lisosom.

"Misi kementerian adalah sangat jelas iaitu untuk memudahkan dan membantu pesakit mencapai potensi sepenuhnya dalam kesihatan dan memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi yang mesra pesakit, saksama, berpatutan dan inovatif," katanya pada majlis jamuan amal "Every Life Counts" di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Dr Subramaniam berkata kementerian juga sedang mengkaji pelbagai strategi dan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk membangunkan pangkalan data atau sistem pelaporan bagi penyakit itu di Malaysia.

Penyakit LSD kebanyakannya disebabkan oleh gangguan genetik.


MLDA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain