suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga Ubat-Ubatan Dijangka Terus Meningkat

PETALING JAYA: Harga ubat-ubatan di negara ini sedang meningkat dan dijangka terus naik pada tahun depan.

Harga beberapa ubat-ubatan dilapor telah meningkat sebanyak 20 peratus hingga 50 peratus pada tahun ini sahaja, dan berikutan penjual terpaksa mengubah harga sebanyak dua kali dalam tempoh 12 bulan, menurut Komuniti Farmasi Malaysia (MCPG).

Presidennya, Wong Sie Sing berkata, kenaikan 'biasa' harga ubat-ubatan adalah sekitar 5 peratus hingga  10 peratus, tetapi dengan penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April, sebanyak 10 peratus hingga 40 peratus kenaikan dijangka berlaku bagi tahun depan.

Berikutan itu, MCPG yang mewakili lebih 2,000 farmasi dan mempunyai seramai 2,500 ahli farmasi, menggesa kerajaan supaya menubuhkan badan yang dapat mengawal kos perubatan.

"Jika tidak, harga ubat akan meningkat dengan cepat," kata Wong.

Kerajaan ketika ini tidak mempunyai sebarang mekanisme dalam mengawal harga farmaseutikal.

Sementara itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Datuk Nancy Ho berkata, kenaikan harga ubat-ubatan akan memaksa rakyat berhenti mengambil ubat untuk merawat penyakit masing-masing selepas ini.

MPS adalah persatuan untuk ahli farmasi di Malaysia, dengan kira-kira 4,000 ahli.

Ho berkata: "Kenaikan harga ubat boleh disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah, peralatan, buruh dan pengangkutan serta pertukaran mata wang yang lemah.

"GST akan memburukkan lagi keadaan kerana hampir semua ubat-ubatan akan dikenakan cukai sebanyak 6 peratus," jelasnya.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr H. Krishna Kumar berkata, kos semua ubat telah meningkat lebih tinggi daripada kadar inflasi.

Oleh itu jelasnya, GST akan menambah lagi kenaikan kerana semua kos termasuk pengangkutan juga akan meningkat.

Farmasi, Ubat

Artikel Sebelum

Artikel Lain