suria

Tidak Benarkan Sayap Putera dan Puteri Mengundi Punca Pemilihan Semula MIC Terpaksa Diadakan

KUALA LUMPUR: Tidak membenarkan sayap Putera dan Puteri mengundi serta wujud percanggahan dalam proses pengundian merupakan sebab yang dinyatakan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan Naib Presiden dan 23 anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC). 

Selain itu, ROS menegaskan walaupun pengerusi jawatankuasa pemilihan telah mengumumkan seramai 1,396 perwakilan namun hanya terdapat 1,351 kertas undi pada kiraan pertama. 

Dalam kiraan terakhir pula, undi yang diterima meningkat kepada 1,424 bagi jawatan naib presiden. 

Surat berkenaan turut menyatakan bahawa terdapat cawangan baharu di empat bahagian dan ia tidak dibenarkan mengikut perlembagaan parti. 

Selain itu, terdapat juga ahli yang telah meninggal dunia turut dimasukkan dalam senarai ahli seperti di bahagian Jasin dan Taiping sementara perwakilan yang sudah meninggal dunia dibenarkan mengundi di bahagian Subang. 

Difahamkan sekiranya MIC gagal melaksanakan cadangan yang dikemukakan ROS, parti itu berhadapan dengan risiko pendaftaran mereka boleh dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966. 

ROS turut mencadangkan agar parti itu menangguhkan mesyuarat agung tahunan parti ke 13 Disember ini. 

ROS, pemilihan semula, MIC

Artikel Lain