suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Sertai Hari Keluarga Pejabat Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menyertai Hari Keluarga Pejabat Perdana Menteri yang diadakan di Laman Sari, Seri Perdana di sini.

Najib turut menyertai acara senaman zumba bersama kira-kira 350 kakitangan Pejabat Perdana Menteri serta anggota keluarga masing-masing.

Perdana Menteri kemudian melakukan tiga balingan buah kelapa dalam acara boling padang sebagai simbolik perasmian Hari Keluarga tersebut.

Turut hadir Presiden PMO Club Datuk Mohd Poad Jelani dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Hari Keluarga itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan acara sukaneka.

Najib, Perdana Menteri, Hari Keluarga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain