Mahmud Abu Bekir Nafi Dakwaan Hubungan Sulit Dengan Ramai Wanita - Semasa | mStar

Mahmud Abu Bekir Nafi Dakwaan Hubungan Sulit Dengan Ramai Wanita

Mahmud Abu Bekir

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib menafikan dakwaan bekas isterinya bahawa beliau mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita di seluruh dunia sebagai faktor keretakan rumah tangga mereka.

Ketika memberi keterangan di mahkamah pada 2 September tahun lepas, Shahnaz Abdul Majid turut mendakwa bekas suaminya itu mempunyai hubungan dengan beberapa wanita bukan muhrim termasuk dari Latvia dan Rusia.

"Saya hanya mengenali seorang gadis mualaf dari Australia yang menyertai kursus agama di Singapura pada 1999," kata Mahmud Abu Bekir ketika disoal balas peguam Akbardin Abdul Kadir yang mewakili Shahnaz.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa punca kegagalan rumah tangganya adalah disebabkan sikapnya yang dianggap 'playboy', curang dan panas baran.

Mahmud Abu Bekir turut menyifatkan keterangan bekas isterinya itu mengenai beberapa insiden termasuk pukul dan tidak bertanggungjawab dalam tempoh tahun 1994 sehingga 1999 adalah rekaan semata-mata.

Mahmud Abu Bakar berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes tuntutan mutaah yang difailkan Shahnaz, kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid, berjumlah RM100 juta.

Pada 11 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan perceraian talak satu antara Mahmud Abu Bekir dengan Shahnaz yang berkahwin pada 9 Januari 1992 dan dikurnia seorang anak lelaki, Raden Murya, 21.

Pada 2 September tahun lepas, Shahnaz ketika memberi keterangan di mahkamah mendakwa bekas suaminya itu sering keluar dan menghilangkan diri tanpa memberitahu lokasi dirinya sehingga berminggu lamanya.

Shahnaz berkata, bekas suaminya itu bukan sahaja bertindak sedemikian tetapi sering memukul, menendang dan menumbuknya tanpa sebab yang munasabah sehingga menyebabkan dirinya cedera.

Bekas isteri yang dikenali sejak Tingkatan 3 itu mendakwa Mahmud Abu Bekir mula berubah selepas kelahiran anak lelaki mereka, Raden Murya, pada akhir 1993.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Muhamad Abdul Karim Wahab bersambung 21 Januari depan. Mahmud Abu Bekir akan menyambung keterangannya pada hari itu.


Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain