suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Rusia Hubungi Presiden Amerika Syarikat Maklum Nahas MH17

PETALING JAYA:  Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan telah menghubungi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk memberi laporan awal mengenai nahas pesawat MH17 milik syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh berhampiran negara itu.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa Reuters, Putin membuat panggilan tersebut sebagai usaha memberikan perkembangan terkini berkenaan nahas tersebut.

Ketika berita itu dilaporkan, Putin dikatakan baru menamatkan perbualannya dengan Obama.

Agensi berita itu juga dalam laman sosial, twitternya mendedahkan gambar bangkai pesawat milik MH17 yang hancur akibat ditembak.

Setakat ini, puak pemisah Ukraine didakwa bertanggungjawab melakukan serangan menggunakan sistem peluru berpandu darat ke udara.

Contoh sistem peluru berpandu darat ke udara yang dipercayai digunakan oleh kumpulan yang menembak jatuh pesawat milik MAS di Ukraine.

MH17, MAS, Ukraine

Artikel Lain