suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MAS Sahkan Pihak Berkuasa Ukraine Putus Hubungan Dengan MH17

Pesawat MAS dengan model yang sama yang terhempas di Ukraine...

PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) pada awal pagi Jumaat mengesahkan yang mereka telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa udara Ukraine bahawa hubungan komunikasi antara menara kawalan dengan MH17 terputus pada lebih kurang jam 2.15 petang waktu Ukraine ketika pesawat itu berada lebih kurang 30 kilometer dari Tamak atau 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Menurut kenyataan MAS itu, pesawat MH17 adalah sebuah pesawat dari model Boeing 777, berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 tengah hari waktu Belanda, dan dijadual untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia.

Pesawat itu membawa 280 orang penumpang dengan 15 anak kapal.

MAS, MH17

Artikel Lain