suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Terkejut Laporan Pesawat MAS Terhempas, Lancar Siasatan Segera

Datuk Seri Najib Tun Razak

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rasa terkejutnya berhubung pesawat MAS MH17 yang dilaporkan ditembak jatuh dan terhempas.


Dalam Twitternya, beliau berkata, akan melancarkan siasatan segera.

MAS telah terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, Khamis.

Syarikat penerbangan itu dalam tweet terbaharunya berkata, kedudukan terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine.

Sementara itu, Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk turut mengarahkan siasatan terhadap kemalangan pesawat MH17, menurut Reuters.

MH17, MAS

Artikel Lain