suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MAS Terputus Hubungan Dengan Pesawat MH17 Dari Amsterdam

KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada lewat malam Khamis.

MAS dalam tweet terbaharunya berkata, kedudukan terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine.

"Butiran lanjut akan menyusul," katanya.

Sementara itu, jurucakap MAS berkata, syarikat penerbangan itu tidak dapat mengesahkan laporan agensi berita antarabangsa mengenai insiden itu dan masih menyiasat perkara berkenaan.

"Sebaik kita mendapat butiran lanjut, kami akan memaklumkan kepada media," katanya.

Agensi berita antarabangsa melaporkan, sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia berkata, pesawat Boeing  777-200ER  itu dijadualkan tiba ke Kuala Lumpur pada jam 6.10 pagi, Jumaat.

MAS, Ukraine

Artikel Lain