Saman Maksimum RM300 Kepada Pengguna Laluan Kecemasan Di Lebuh Raya - Semasa | mStar

Saman Maksimum RM300 Kepada Pengguna Laluan Kecemasan Di Lebuh Raya

Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Pemandu yang didapati menggunakan laluan kecemasan di lebuh raya di seluruh negara akan dikenakan denda maksimum RM300, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata kesalahan itu antara yang akan diutamakan oleh pihak berkuasa.

"Berdasarkan pengalaman, (apabila ada pemandu guna laluan kecemasan) kami mengalami kesukaran untuk melakukan kerja-kerja menyelamat jika berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Ops Selamat 5/2014 Sempena Aidilfitri, di sini Khamis.

Sementara itu, Khalid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama agensi lain akan membuat rondaan di 60 lokasi 'hotspot' iaitu lokasi yang sering berlaku kemalangan serta menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

Johor telah dikenal pasti mempunyai paling banyak 'hotspot' (17), diikuti oleh Perak (12), Kelantan (tujuh), Selangor (enam) dan Negeri Sembilan (enam).

Op Selamat 5/ 2014 Sempena Aidilfitri akan berlangsung selama 15 hari bermula 21 Julai 2014.

Bertemakan 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi', Op Selamat itu memfokuskan keselesaan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berada dalam keadaan selamat.

op Selamat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain