suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

565 Pelajar Antarabangsa Salah Guna Pas Pelajar

Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Dewan Negara diberitahu sebanyak 565 pelajar antarabangsa didapati melanggar peraturan dan menyalahgunakan pas pelajar setakat ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata daripada jumlah itu, pelajar dari Nigeria merekod jumlah tertinggi iaitu 159 orang melibatkan 141 lelaki dan 18 perempuan.

"Ia diikuti pelajar dari China seramai 115 orang (74 lelaki dan 41 perempuan), Indonesia 29 orang (9 lelaki, 20 perempuan), Iran 17 orang (10 lelaki, 7 perempuan), Bangladesh dan India masing-masing 14 orang (9 lelaki, 5 perempuan) dan Vietnam 13 orang (12 lelaki, 1 perempuan) dan lain-lain negara (204)," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Adam Abdul Hamid yang ingin tahu jumlah pelajar antarabangsa yang melanggar peraturan dan menyalahgunakan pas pelajar mereka.

Yap berkata Kementerian Pendidikan memandang serius isu penyalahgunaan pas pelajar oleh pelajar asing dan sentiasa menjalankan pemantauan berterusan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.

"Selain itu PDRM dan Imigresen boleh mengambil tindakan secara terus kepada institusi pengajian tinggi (IPT) sekiranya didapati cuai dalam proses mengurus dan memantau pelajar antarabangsa yang berdaftar di IPT tersebut," katanya.
pas pelajar, salah guna, antarabangsa

Artikel Lain