suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Duta Malaysia Ke Indonesia Meninggal Dunia

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim Zainuddin

GEORGE TOWN: Ibu kepada Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim Zainuddin meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, Bayan Baru, di sini, malam Isnin.

Datin Noor Rana Talib, 78, meninggal dunia pada pukul 7.45 malam akibat jangkitan kuman pada paru-paru selepas menderita penyakit itu sejak dua bulan lepas.

Zahrain Mohamed Hashim berkata ibunya telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selama tiga minggu.

"Arwah ibu saya semakin tenat kira-kira seminggu lalu dan ketika beliau menghembuskan nafas terakhir, semua anggota keluarga termasuk saya berada di sisinya," kata bekas Anggota Parlimen Bayan Baru itu kepada pemberita di sini awal pagi Selasa.

Allahyarham meninggalkan suami, Datuk Zainuddin Mohammad Hashim, 84, dan enam anak masing-masing tiga lelaki dan tiga perempuan serta 26 cucu dan lima cicit.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di rumahnya di Jalan Pemancar, Sungai Gelugor di sini sebelum disembahyangkan sekali lagi di Masjid Jamek Hashim Yahaya, Jalan Perak di sini.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Hashim Yahaya pada kira-kira 1.15 pagi ini.


Malaysia, Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain