suria

Bom Peninggalan Perang Dunia Kedua Ditemui

TAWAU: Sebutir bom lama dipercayai peninggalan ketika Perang Dunia Kedua ditemui di kawasan tapak pembinaan Hospital Pakar Hill Top, di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata bom lama berbentuk kepala peluru seberat 30 kilogram sepanjang 13 inci dan berukur lilit 21 inci itu ditemui seorang pekerja binaan ketika sedang melakukan kerja mengorek tanah di tapak binaan itu.

 "Mengikut laporan yang diterima, pekerja binaan tersebut menjumpai satu besi berbentuk kepala peluru kira-kira 1.45 petang dan kemudian menunjukkan kepada pengurus tapak projek dan menghubungi pihak polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Bom lama berkenaan berjaya dimusnahkan Unit Pemusnah Bom kira-kira 4.38 petang dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini, katanya.
bom, perang dunia kedua, Tawau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain