suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Isteri Antara Tiga Maut Kemalangan

TELUK INTAN: Sepasang suami isteri warga emas antara tiga yang maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan treler di Jalan Teluk Intan-Sitiawan, Batu Lima, Sungai Durian di sini, Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Supt Mohd Zaki Harun berkata mereka yang maut dikenali sebagai Othman Mohammad, 70 dan isteri Ainon Montak 66, serta Zaiton Menan, 53.

Othman dan Ainon meninggal di tempat kejadian manakala Zaiton pula di Hospital Teluk Intan, katanya.

Beliau berkata kejadian 3.05 petang itu turut menyebabkan suami Zaiton, Syed Abdul Rahman Syed Ahmad, 55, yang juga pemandu kereta tersebut cedera parah.

Kejadian berlaku apabila kereta yang dinaiki keempat-empat mereka terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler itu, katanya.

Menurutnya pemandu treler tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.


Teluk Intan

Artikel Berikut

Polis Buru Kumpulan Jihad

Artikel Lain