suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Pertama Terajui Jabatan Pendidikan Tinggi

Prof Dr Asma Ismail.
PUTRAJAYA: Prof Datuk Dr Asma Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi yang baharu, menjadikan beliau wanita pertama memegang jawatan tersebut.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Morshidi Sirat, yang mengumumkan pelantikan beliau di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini Khamis.

Prof Asma pernah berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia selama satu tahun setengah dan juga merupakan Naib Presiden Akademi Sains Malaysia sehingga kini.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Biologi dan Doktor Falsafah dalam Biologi Sel dan Molekul dari Universiti Nevada dan Sarjana Mikrobiologi dari Universiti Indiana, kedua-duanya di Amerika Syarikat (AS).

Artikel Lain