Palanivel Namakan Penyandang Jawatan MIC Selangor - Semasa | mStar

Palanivel Namakan Penyandang Jawatan MIC Selangor

Palanivel.
Palanivel.

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel pada Selasa mengumumkan pelantikan empat penyandang jawatan dalam jawatankuasa perhubungan MIC Selangor.

Palanivel, yang juga pengerusi MIC Selangor, berkata anggota jawatankuasa pusat K. Partiban dilantik semula sebagai setiausaha, Datuk S.M Muthu sebagai penolong setiausaha, N. Rawisandaran sebagai bendahari dan Awtar Singh sebagai ketua penerangan.

"Saya mahu mereka bergerak sebagai satu pasukan ke setiap bahagian di Selangor dan mendengar masalah yang dibangkitkan," katanya dalam kenyataan di sini.

Palanivel juga meminta mereka supaya melakukan lawatan kerap ke setiap bahagian kerana laporan akar umbi penting bagi mengukuhkan parti.

Beliau berkata, para penyandang jawatan dalam MIC Selangor juga perlu segera berhubung dengan cawangan MIC dan lebih 100,000 anggotanya di Selangor. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal