suria

Empat Setiausaha Politik Angkat Sumpah Simpan Rahsia

PUTRAJAYA: Empat setiausaha politik mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

Majlis itu diadakan di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Mereka ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datin Paduka Norhayati Onn, Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dr Zuraidi Ishak, Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Khairolnezam Shaari dan Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

Majlis itu disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. - BERNAMA

Artikel Lain