Bapa Dituduh Dera Anak Lelaki Hingga Mati Bersama Teman Wanita - Semasa | mStar

Bapa Dituduh Dera Anak Lelaki Hingga Mati Bersama Teman Wanita

JOHOR BARU: Seorang bapa bersama teman wanitanya dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh anak lelakinya, berusia tiga tahun, dalam kejadian di sebuah apartmen di Kulaijaya, pada Disember tahun lepas.

Tertuduh Mohd Imran Mohd Ramly, 31 tahun, dan pasangannya Norhidayah Mamid 27, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu antara jam 12 tengah malam 16 Disember sehingga 6.45 petang 19 Disember, di sebuah apartmen di Bandar Putra, Kulaijaya.

Kanak-kanak malang itu, Muhammad Aqeef Adam Mohd Imran dipercayai didera oleh pasangan itu dalam tempoh berkenaan sehingga menyebabkan kematiannya pada 19 Disember.

Mohd Imran dari Kampung Paya Renggoh, Johol, Negeri Sembilan yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat, dan Norhidayah dari Taman Lagenda Putra, Kulaijaya, Johor yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salina Omar.

Tiada sebarang pengakuan dicatatkan daripada pasangan itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kulai sementara menunggu keputusan bedah siasat dan laporan Jabatan Kimia.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori. BERNAMA

Artikel Sebelum

Ambank Pertingkat Sistem Perbankan Teras

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain