Remaja Lelaki Lemas di Sungai Ngoi-Ngoi - Semasa | mStar

Remaja Lelaki Lemas di Sungai Ngoi-Ngoi

SEREMBAN: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas di Sungai Ngoi-Ngoi, Batu 9, Kampung Pantai dekat sini, Isnin.

Jurucakap polis berkata mangsa, Ahmad Zainudin Mohd Rosli, ke sungai itu bersama-sama dua rakan untuk mandi dan memancing pada kira-kira 2 petang.

Beliau berkata ketika berada dalam sungai, mangsa tiba-tiba menghadapi kesukaran untuk berenang dan diselamatkan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja ambulans dari Hospital Tuanku Jaafar tiba.

Mayat mangsa dihantar ke hospital berkenaan untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi urusan pengebumian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai DSP Nasir Sanif, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rujuk MKN Elak Pertindihan Bantuan - Shahidan

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi