Dua Lagi Individu Ditahan Di Semporna Bantu Siasat Kes Bunuh Pegawai Jaip - Semasa | mStar

Dua Lagi Individu Ditahan Di Semporna Bantu Siasat Kes Bunuh Pegawai Jaip

KOTA KINABALU: Polis menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) baru-baru ini.

Kedua-dua lelaki itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Tagasan, Semporna pada 1 tengah hari Isnin.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi Bernama mengesahkan penangkapan itu, bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mereka.

Pada Sabtu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar Polis berkata polis masih memburu 10 individu lagi bagi membantu siasatan kes pembunuhan pegawai tersebut Mohd Raffli Abdul Malik, 49.

Sebelum itu beliau mengumumkan menerusi akaun Twitternya @KBAB51 bahawa polis berjaya merungkai kes tersebut dengan penangkapan 13 pengikut kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' dan merampas pistol yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu.

Pada 20 November lepas, ketua kumpulan ajaran sesat itu Harun Mat Saat, 47, diberkas bersama-sama seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Tangkak, Muar, Johor.

Mohd Raffli ditembak mati oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya di Kuantan, Pahang pada 10 November lalu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin