suria

Ahmad Shabery Lawat Laman Media Perhimpunan Agung Umno

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Ahad melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau meluangkan masa kira-kira 10 minit beramah mesra dengan petugas media selepas menyampaikan ucap tama pada Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 yang diadakan sempena perhimpunan itu di lokasi sama.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, kemudahan yang terletak di aras dua PWTC itu kali ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu untuk menempatkan petugas media arus perdana dan pengamal media sosial.

Seperti kelaziman, laman media itu dilengkapi ciri-ciri mesra pengamal media seperti Wifi, ruang kerja yang luas selain ciri-ciri keselamatan.

Seramai 2,000 petugas media tempatan dan antarabangsa dijangka membuat liputan sepanjang perhimpunan itu mulai Isnin hingga 7 Disember. - BERNAMA

Artikel Lain