Jambatan Kedua P.Pinang Akan Tetap Dibuka Ikut Jadual - Semasa | mStar

Jambatan Kedua P.Pinang Akan Tetap Dibuka Ikut Jadual

GEORGE TOWN: Jambatan Kedua Pulau Pinang akan tetap dibuka mengikut tarikh ditetapkan kerajaan pusat walaupun siasatan insiden keruntuhan tanjakan di susur keluar jambatan itu pada awal Jun lepas masih berjalan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik Negeri Chow Kon Yeow berkata siasatan yang dilakukan suruhanjaya ditubuhkan kerajaan negeri tidak melarang jambatan itu dibuka mengikut tarikh yang akan ditetapkan.

"Selain daripada siasatan suruhanjaya, agensi berkenaan telah pun mengemukakan siasatan dan laporan mereka, dan kementerian serta syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd bertanggungjawab dalam memastikan aspek keselamatan apabila 'ramp' (tanjakan) ini dibuka untuk lalu lintas kelak.

"Sebenarnya jalan di bawah 'ramp' itu sudah pun dibuka untuk laluan dan lalu lintas. Mereka akan bertanggungjawab terhadap keselamatan 'ramp' itu," katanya ketika menjawab soalan tambahan Wong Hon Wai (DAP-Air Itam) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Jumaat.

Wong ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang melanjutkan tempoh siasatan insiden runtuhan di Jambatan Kedua Pulau Pinang. Jambatan itu dijangka dibuka September lepas tetapi ekoran insiden runtuhan tanjakan itu, tarikh pembukaannya telah ditangguhkan.

Chow berkata kerajaan negeri akan melanjutkan tempoh siasatan jika ada keperluan dan beliau berkata pihaknya tidak menetapkan tempoh tertentu untuk suruhanjaya itu menyiapkan siasatan.

"Tidak ada tempoh ditentukan, tetapi saya percaya suruhanjaya telah mengadakan sesi pendengaran dan siasatan dengan rapinya, dan siasatan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat," katanya.

Dalam kejadian 6 Jun lepas, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, runtuh dan mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga lagi cedera.

Pada 6 Julai, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Datuk Ir Dr Johari Basri mengesahkan siasatan pihaknya mendapati wujud unsur kecuaian dari segi prosedur dan teknikal oleh pihak kontraktor.

Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dibina dengan kos RM4.5 bilion merentangi sepanjang 23.5km dengan 16.9km di atas laut, akan menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di pulau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain