Pemimpin Umno Sokong Dialog Dengan PAS - Semasa | mStar

Pemimpin Umno Sokong Dialog Dengan PAS

SHAH ALAM: Beberapa pemimpin Umno tampil menyuarakan sokongan mereka terhadap cadangan berdialog dengan PAS.

"Sudah tiba masanya kedua-dua parti bekerjasama. Kedua-dua parti perlu bersatu," kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Abdul Shukur Idrus (Kuang) pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri pada Selasa.

Beliau berkata Umno dan PAS seharusnya tidak terlalu mempolitikkan pendirian menentang antara satu sama lain demi kepentingan kaum Melayu dan umat Islam.

"Dalam senario global pada masa kini, parti tidak boleh terlalu fanatik terhadap pendirian masing-masing kerana rakyat perlu didahulukan," katanya.

Sulaiman Abdul Razak (Permatang) berkata, PAS perlu ikhlas mengadakan dialog dengan Umno dan tidak mempunyai niat tersembunyi ketika melakukannya.

"PAS tidak patut mencadangkan dialog itu untuk mendapatkan perhatian DAP dan PKR," katanya.

Beliau sekali lagi mengulangi bahawa Umno bersedia sekiranya PAS ikhlas.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman (Meru) berkata dialog antara kedua-dua parti perlu diadakan secara terbuka dan disiarkan secara langsung.

"Ini untuk mengelakkan kenyataan itu diputarbelitkan atau mencetuskan keraguan atau spekulasi," katanya.

Menurut Dr Abd Rani, perbincangan itu mestilah menyentuh isu-isu Islam seperti hukum hudud dan bukannya politik.

"Orang-orang di dalam Umno yang menentang hudud dan bukannya DAP," katanya.

Dr Abd Rani turut menegaskan perbincangan itu tidak akan membuka jalan bagi kedua-dua parti tersebut untuk bergabung.

"Hanya kerana kami membincangkan isu islam tidak bermaksud kami akan bergabung," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Rusuhan: PM Singapura Arah Penubuhan COI

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain