suria

Tasik Ringlet Dalam Keadaan Kritikal

Pengurus Besar Stesen-Stesen Janaelektrik Cameron Highlands Mustafa Hashim dan Presiden Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands R. Ramakrishnan menunjukkan sampah sarap dan sisa pepejal yang ditarik keluar dari Tasik Ringlet dalam sehari, yang merupakan empangan janakuasa Sultan Abu Bakar. Di belakangnya dapat dilihat pintu alur limpah empangan di mana di atasnya ialah Lembah Bertam. -foto CHAN TAK KONG

CAMERON HIGHLANDS: Bencana banjir besar dikatakan bakal berlaku di Empangan Hiroelektrik Sultan Abu Bakar pada bila-bila masa.

Amalan pertanian tidak terkawal yang dilakukan selama ini telah menyebabkan banyak sampah dan kelodak menyumbat empangan, yang akhirnya memberi kesan kepada strukturnya.

Ia hanya boleh menampung sehingga satu pertiga daripada kapasiti air maksimum sekarang - hanya 1.5 juta meter padu, bukannya maksimum 4.6 juta meter padu.

Ini bermakna air yang berlebihan di dalam takungan itu, yang dikenali sebagai Tasik Ringlet, boleh mencapai tahap bahaya yang lebih cepat berbanding yang telah dirancang, terutama apabila melibatkan hujan lebat.

Pada ketika itu, air akan dikeluarkan sama ada secara manual pada peringkat terkawal atau secara automatik jika ia mencapai titik maksimum limpahan empangan.

Ini akan membahayakan penempatan di kawasan lembah di bahagian bawahnya, bergantung kepada berapa banyak air yang dilepaskan dan kelajuan ia mengalir ke bawah.

Tenaga Nasional Bhd (TNB), yang menguruskan empangan berkenaan telah menghabiskan lebih RM180 juta dalam tempoh lima tahun lalu untuk berdepan dengan masalah kelodak, sisa pepejal, pasir dan sampah yang menyebabkan kemudahan itu tersumbat.

Pengurus Besar Stesen-Stesen Janaelektrik Cameron Highlands Mustafa Hashim berkata keadaan tasik itu telah mencapai tahap yang kritikal.

Katanya, lebih daripada satu tan sampah yang longgokannya bersaiz sebuah lori kecil ditarik keluar dari Tasik Ringlet dalam sehari.

"Kita menjumpai apa sahaja, termasuk set TV lama di dalam tasik. Kita memanggil ini sebagai tapak pelupusan terbesar di seluruh Cameron Highlands," kata Mustafa.

Selain itu, apa yang mengejutkan apabila 400,000 meter padu pasir dan kelodak dikorek dari takungan setiap tahun.

Ini berlaku berikutan aktiviti pembersihan tanah di hulu sungai, katanya.

Kemerosotan takungan adalah jelas sekali kerana air yang jernih kini berlumpur dan berwarna coklat, dengan pemendapan menimbun begitu banyak dengan tebing pasair dapat dilihat di permukaannya.

Mustafa tidak tahu berapa lama TNB dapat mengekalkan operasi pembersihan itu.

"Masalah ini bukan sahaja menjejaskan stesen kuasa kita, tetapi juga mewujudkan satu keadaan yang sangat berbahaya di mana paras air boleh meningkat dengan cepat dan menyebabkan banjir besar-besaran di Lembah Bertam," katanya.

Beliau berkata jumlah pemendapan dan sampah kini begitu besar sehingga menimbulkan bahaya apabila hujan lebat.

'Bertam Water Intake' telah tersumbat pada 22 Oktober lalu menyebabkan paras air di empangan meningkat secara drastik manakala empat penjana stesen itu telah berhenti berfungsi dan menyebabkan aliran air yang terganggu.

Paras air di dalam takungan itu telah meningkat sehingga 13 kali ganda lebih cepat daripada biasa, turut menyebabkan banjir kilat di Sungai Ringlet.

Aliran air Sungai Bertam dan Sungai Ringlet kedua-duanya dialirkan ke Tasik Ringlet.

Hujan lebat telah meletakkan empangan berada dalam bahaya dengan air melimpah dan terpaksa dilepaskan.

Namun begitu, ia telah menyebabkan banjir kilat yang mengorbankan tiga orang, memusnahkan kira-kira 100 rumah dan lebih 100 kenderaan rosak.

Walaupun kerja-kerja pembersihan dilakukan, Mustafa berkata, jumlah yang telah dibersihkan tidak cukup untuk melawan isipadu lumpur dan sampah yang mengalir masuk.

"Kebimbangan kami apabila keseluruhan tasik akan berlumpur dan tidak menjadi sebuah tasik lagi. Petani membuang semua sampah mereka ke dalam sungai-sungai, termasuk sayur-sayuran rosak sewenang-wenangnya, dan ia semuanya dibawa ke Tasik Ringlet," katanya.

The Star telah berkali-kali menekankan amalan-amalan yang tidak bertanggungjawab itu, yang menyebabkan kerosakan serius kepada tanah tinggi, tetapi ini seolah-olah tidak didengari kerana penguatkuasaan yang kukuh masih belum dapat dilihat.

Artikel Lain