suria

Penduduk Perlu Dipindahkan Sebelum Projek Penyelenggaraan Sungai Dimulakan - Palanivel

CAMERON HIGHLANDS: Penduduk yang tinggal di atas tanah rizab sepanjang Sungai Bertam perlu dipindahkan sebelum proses melebar dan mendalamkan sungai tersebut dilakukan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel berkata, keselamatan orang awam perlu dipertimbangkan sebelum memulakan projek penyelenggaraan sungai.

"Kita perlu mencari kawasan sesuai untuk memindahkan penduduk dengan kadar segera.

"Yang menjadi masalah, terdapat banyak rumah disepanjang sungai itu.

"Ia mengambil sedikit masa sebelum projek penyelenggaran sungai dimulakan," kata Palanivel yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands.

Beliau mengulas mengenai peruntukan RM40 juta yang diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membesar dan mendalamkan sungai tersebut susulan kejadian banjir lumpur pada Rabu lalu.

Pada Rabu lalu, air dari empangan Sultan Abu Bakar terpaksa dilepaskan sehingga mengakibatkan air melimpahi tebing Sungai Bertam.

Susulan kejadian itu tiga orang maut manakala seorang lagi pekerja asing, Jarwati masih lagi hilang.

Artikel Lain