suria

Khairy Peroleh Tiga Undi, Dahului Saingan Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendahului saingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno dengan mendapat tiga undi daripada 191 Bahagian setakat pukul 6 petang Sabtu.

Beliau mendapat undi dari Umno Bahagian Tambun, Jempol dan Pasir Gudang.

Empat lagi pencabarnya belum mendapat sebarang undi.

Bagi saingan merebut jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun mendahului tiga lagi pencabarnya dengan memperoleh dua undi di peringkat Bahagian.

Sementara itu, seorang lagi calon bagi jawatan itu, Mohd Iruan Zulkefli mendapat satu undi manakala Jamawai Jaafar dan Lokman Noor Adam belum mendapat sebarang undi.

Artikel Lain