suria

Subramaniam Minta JKR Periksa Struktur Bangunan Hospital Serdang

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam meminta Jabatan Kerja Raya untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas struktur bangunan Hospital Serdang bagi memastikan ia benar-benar selamat.

Beliau berkata, kementerian memandang serius insiden runtuhan membabitkan berapa bahagian bumbung di wad bersalin hospital itu awal pagi Isnin.

"Kementerian ini dan JKR diminta untuk menghantar laporan lanjut berhubung insiden itu.

"Daripada laporan itu nanti barulah kita dapat mengetahui sekiranya runtuhan itu mungkin berpunca akibat kerja-kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Isnin.

Subramaniam berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya jika kontraktor tersebut didapati melanggar spesifikasi pembinaan yang telah ditetapkan.

Beberapa bahagian bumbung di wad bersalin hospital itu untuh dalam kejadian 2.55 pagi Isnin.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

14 Bahagian Kedah Sokong Soi Lek

Artikel Lain