suria

14 Bahagian Kedah Sokong Soi Lek

Dr Chua Soi Lek menerima sokongan terbuka 14 daripada 15 Bahagian MCA Kedah menjelang pemilihan parti itu Disember ini.
Dr Chua Soi Lek menerima sokongan terbuka 14 daripada 15 Bahagian MCA Kedah menjelang pemilihan parti itu Disember ini.
Dr Chua Soi Lek menerima sokongan terbuka 14 daripada 15 Bahagian MCA Kedah menjelang pemilihan parti itu Disember ini.

ALOR SETAR: Empat belas daripada 15 MCA bahagian di Kedah menggesa Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Disember depan.

Pengerusi MCA Bahagian Alor Setar, Datuk Chong Itt Chew yang juga merupakan jurucakap kumpulan itu berkata, mereka berpendirian bahawa parti itu masih memerlukan kepimpinan Dr Chua.

"Kami yakin bahawa Dr Chua boleh terus memimpin MCA lebih baik daripada mana-mana pemimpin lain," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh 12 daripada 14 pengerusi di sini, pada Ahad.

Setakat ini, sebanyak 69 bahagian dari empat negeri secara terbuka menyatakan sokongan mereka kepada Dr Chua untuk terus menerajui parti.

Selain Kedah, bahagian-bahagian lain iaitu 15 dari Selangor, 19 dari Johor dan 21 dari Perak. Terdapat 191 bahagian dalam parti itu di seluruh negara.

Sementara itu, Chong berkata, pengerusi bahagian Merbuk, Datuk Ang Poon Khim dan Pengerusi Bahagian Langkawi Datuk Liew Chin Weng tidak dapat hadir pada mesyuarat itu.

"Kedua-dua pemimpin telah menghubungi saya dan menyampaikan pendirian mereka untuk mengikuti konsensus oleh 12 pengerusi yang lain," kata Chong yang juga pengerusi MCA Kedah.

Bagaimanapun katanya, Pengerusi MCA Bahagian Kubang Pasu, Datuk Lim Lai Huat kini berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi.

Artikel Lain