suria

Jawatankuasa Parlimen-13 Dilantik Secara Rasmi

KUALA LUMPUR: Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan bahawa Jawatan Kuasa Pemilih telah meluluskan usul berhubung perlantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Dewan Rakyat Ke-13 di bawah Peraturan Mesyuarat 76 Dewan.

Beliau berkata, usul itu dibawakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada 18 Julai lalu dan disokong oleh Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).

"Bahawa mengikut Peraturan mesyuarat 76 Dewan ini melantik sebuah Jawatankuasa bagi tempoh Parlimen Ke-13 yang mengandungi seorang pengerusi dan enam orang ahli jawatankuasa," katanya kepada pemberita di pejabat Speaker Dewan Rakyat pada Khamis.

Enam ahli jawatankuasa tersebut ialah, Tan Sri Muhyiddin Yassin (BN-Pagoj), Datuk Seri G.Palanivel (BN- Cameron Highlands), Datuk Joseph Entulu Belaun (BN-Selangau), Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN-Bentong), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dan Lim Kit Siang (DAP- Gelang Patah).

Menurut Pandikar Amin, beliau selaku pengerusi Jawatankuasa Pemilih serta enam orang ahli jawatankuasa tersebut telah yang bermesyuarat Selasa lalu dan memutuskan untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa seperti berikut;

Bagi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dipengerusikan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) , Naib Pengerusi, Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), diikuti 12 ahli jawatankuasa yang lain.

Mendahuli senarai Datuk Seri Reezal Merixan Naina Merican, (BN-Kepala Batas), Datuk Chua Tee Yong (BN-Labis), Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baru), Mas Ermieyati Samsudin (BN-Masjid Tanah), Liang Teck Meng (BN- Simpang Renggam), Datuk Madius Tangau (BN-Tuaran), Hasbi Habibollah (BN-Limbang), Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai), Datuk Kamarul Baharin Abbas (BN- Telok Kemang), Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang), William Leong Jee Ken (DAP- Selayang), Datuk Kamarudin Jaffar (PAS- Tumpat) dan Tony Pua Kiam Kee (DAP- Petaling Jaya Utara).

Sementara Peraturan Mesyuarat 78 (1) untuk Jawatankuasa Peraturan -Peraturan Mesyuarat turut di pengerusi oleh Pandikar Amin dan dituruti oleh enam ahli yang lain iaitu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas), Datuk Ir Dr Wee Ka Siong (BN- Ayer Hitam), Datuk M. Saravanan (BN-Tapah), M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), N. Surendran (PKR-Padang Serai).

Bagi Jawatankuasa Dewan, Datuk Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) mendahuli senarai, diikuti oleh lima ahli yang lain iaitu, Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Dr. Makin @Marcus Mojigoh (BN-Putatan), Datuk Seri Zahid Zainul Abidin (BN-Padang Besar), Anthony Loke (DAP- Seremban) dan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena).

Pandikar Amin berkata, bagi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan juga terdiri daripada enam orang ahli.

Beliau berkata, jawatankuasa itu penting bagi mengadili hak ahli-ahli yang berhormat.

Seramai empat orang ahli terdiri daripada BN iaitu, Datuk Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau), Datuk Koh Nai Kwong (Alor Gajah) dan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong).

Manakala dua daripada pembangkang ialah Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain