139 Kes Syiah Dalam Pemerhatian - Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Sebanyak 139 kes berhubung penyebaran ajaran Syiah berada dalam pemerhatian kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa bersikap profesional dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang dituduh dengan ajaran Syiah.

Menurutnya, hanya mereka yang mempunyai bukti kukuh terlibat dengan ajaran Syiah sahaja akan diambil tindakan dan didakwa di mahkamah.

"Tindakan boleh diambil oleh Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) berasaskan Akta-Enakmen Jenayah Syariah Negeri masing-masing.

"Setakat ini sebanyak 16 tangkapan telah dibuat, daripada 120 pemeriksaan yang dijalankan. Manakala 139 lagi dalam permerhatian," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zainudin Ismail (BN-Jelebu yang ingin tahu siapakah pihak terlibat dalam fahaman Syiah dan apakah tindakan kerajaan membendung penularan ajaran tersebut.

Jamil berkata, kerajaan peka dan memandang serius terhadap dokrin yang menyeleweng dari Ahli Sunnah Wajamaah.

Tambah beliau, apa juga penyebaran fahaman yang menyeleweng sama ada di institut pengajian tinggi (IPT) dan di sekolah-sekolah, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan kerjasama dengan Jain bagi mendapatkan maklumat berkenanaan individu dan pergerakan Syiah tersebut.

Pada Mei 1996, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah bersetuju bahawa umat Islam hanya berpegang pada ajaran Ahli Sunnah Wajamaah dari segi akidah mahupun akhlak.

"Agama lain dari pegangang Ahli Sunnah Wajamaah adalah dilarang. Keputusan itu telah disusuli dengan tindakan 14 buah negeri mewartakan larangan itu," katanya.

Walaupun Kelantan, Sarawak dan Sabah tidak mewartakannya, negeri-negeri ini mempunyai peruntukkan tersendiri untuk mengekang ajaran Syiah.

Menurut Jamil, sukar untuk menentukan jumlah sebenar pengikut Syiah kerana mereka bergerak secara sulit.

"Berdasarkan rekod Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seramai 1500 pengikut Syiah dikenal pasti.

"Jumlah itu tidak termasuk warga asing dan pelajar luar yang. Tinggal di negara ini. Golongan yang terlibat mempunyai pelbagai latar belakang, dan kes-kes tersebut masih dalam siasatan," katanya.

Beliau berkata, bahayanya ajaran Syiah keranan pengikutnya taksub kepada pemimpin mereka dan sanggup mengkafirkan orang Islam yang tidak sealiran dengan mereka.

"Mereka anggap imam mereka maksum. Jika dibiarkan fahaman ini tersebar, akan memberi ruang untuk mereka tambah pengikut dan boleh menyebabkan ketegangan dalam masyarakat sekaligus mengancam keselamatan negara," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

124 Penjenayah Ditembak Mati Sejak 2009

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain