suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

23 Calon Tarik Diri, Tiga Bahagian Saksi Pertandingan Di Melaka

MELAKA: Sebanyak 23 calon menarik diri daripada bertanding pelbagai jawatan pada pemilihan Umno bulan depan di Melaka selepas tempoh bertenang 72 jam tamat 5 petang Selasa, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Idris Haron.

Ketua Menteri Melaka itu berkata dua daripada calon menarik diri itu melibatkan pertandingan bagi jawatan ketua bahagian, yang menyaksikan beliau kekal ketua Bahagian Tangga Batu dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengekalkan jawatan ketua Bahagian Bukit Katil.

"Tiga jawatan ketua bahagian iaitu di Masjid Tanah, Jasin dan Alor Gajah masih dipertandingkan dan semua calon bagi jawatan itu tidak menarik diri," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Exco Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Melaka Datuk Latiff Tamby Chik menang tanpa bertanding jawatan ketua Bahagian Kota Melaka.

Beliau berkata daripada jumlah calon menarik diri, 11 calon mendaftar bertanding peringkat Umno Bahagian, seorang pergerakan Wanita, lima (Pemuda) dan enam (Puteri).

Berdasarkan keputusan itu, Idris berkata hanya 1,192 daripada 1,215 calon yang menghantar borang pencalonan di Melaka kekal bertanding.

Umno Melaka menerima 1,215 borang pencalonan pada proses pendaftaran calon pemilihan Umno Sabtu lepas, iaitu 495 pencalonan melibatkan Umno Bahagian, pergerakan Wanita (251) Pemuda (310) dan Puteri (159).

Pada Sabtu lepas, anggota Umno cawangan Tok Suboh, Baddrul Hissham Abdul Aziz menyerahkan borang bagi mencabar Idris bagi jawatan ketua Umno Bahagian Tangga Batu dan anggota Umno cawangan Pengkalan Minyak, Haron Abdullah mencabar Mohd Ali di Bahagian Bukit Katil, sebelum kedua-duanya menarik diri. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain