suria

Ibu Bawa Bayi Cuba Bunuh Diri Terjun Bangunan Berjaya Diselamatkan

Seorang pegawai polis cuba untuk memujuk seorang wanita yang membawa bayinya supaya tidak terjun dari sebuah hotel bajet di Puchong.
Seorang pegawai polis cuba untuk memujuk seorang wanita yang membawa bayinya supaya tidak terjun dari sebuah hotel bajet di Puchong.
Seorang pegawai polis cuba untuk memujuk seorang wanita yang membawa bayinya supaya tidak terjun dari sebuah hotel bajet di Puchong.

PETALING JAYA: Seorang warganegara Cina berusia 35 tahun yang membawa seorang bayi ketika itu cuba untuk terjun dari sebuah hotel bajet bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa yang melakukan tindakan pantas.

Wanita berkenaan, yang dilihat memegang anaknya di tepi tebing di atas bangunan itu, dihalang oleh beberapa anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian di Puchong selepas menerima laporan pada pukul 9 pagi di sini, Selasa.

Difahamkan bahawa wanita itu telah bertengkar dengan suaminya sebelum kejadian.

Lokasi kejadian yang penuh dramatik untuk menyelamatkan wanita itu berlaku hanya beberapa kedai-kedai dari balai polis Bukit Puchong.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sihat Bedol berkata, bomba mengambil masa 30 minit untuk menyelamatkan ibu dan kanak-kanak tersebut.

"Apabila kami tiba, polis sudah berada di tempat kejadian, dan cuba memujuk wanita itu supaya tidak terjun. Nasib baik, salah seolah daripada sarjan bercakap Cina dan kita berjaya untuk berkomunikasi dengannya.

"Kami merayu supaya dia tidak terjun. Pada mulanya, dia sangat agresif dan mengugut untuk terjun ke bawah sekiranya kita cuba untuk mendekatinya.

"Kami juga bimbang tentang keselamatan bayi kerana dia berdiri betul-betul di tepi tebing," kata beliau.

Wanita itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Mereka yang mempunyai masalah boleh menghubungi Befrienders di 04-281 5161 atau 04-281 1108 (Pulau Pinang), 05-547 7933 atau 05-547 7955 (Ipoh) dan 03-7956 8144 atau 03-7956 8145 (Lembah Klang).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain