suria

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Koperal Zal-Azri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Koperal Zal-Azri Abd Somad yang meninggal dunia ketika menjalankan tugas Isnin lepas.

"Jasa beliau sepanjang perkhidmatan akan sentiasa dihargai," kata Najib menerusi laman Twitter beliau.

Zal-Azri, 31, maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek curi besi buruk dalam satu operasi di Taman Teknologi dan Industri Cheng, Melaka.

Allahyarham yang merupakan anggota Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, dilaporkan cedera di kepala dipercayai akibat dipukul dengan batu dan mati di tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Lain