suria

Khairy Harap Dapat Mandat Baru Ketua Pemuda Umno

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berharap anggota-anggota pergerakan itu memberikannya mandat sekali lagi untuk mempertahan jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan.

Khairy berkata harapan itu dizahirkannya berikutan banyak lagi urusan yang perlu ditanganinya sebagai ketua pergerakan itu.

"Saya kini turun berjumpa anggota Pemuda di peringkat akar umbi. Syukur penerimaan (daripada mereka) baik. Mereka tahu rekod pencapaian saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Kampus Gombak dekat sini, Isnin.

Ditanya mengenai kemungkinan beliau dicabar dalam pertandingan jawatan itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau tidak tahu mengenainya kerana pencalonan hanya bermula pada hujung bulan ini.

Khairy dilantik sebagai Ketua Pemuda bagi penggal 2008/2011 selepas memperoleh 304 undi untuk mengalahkan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (254 undi) dan Datuk Mukhriz Mahathir (232 undi)).

Pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan bulan depan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain