Petugas JKM Sungai Petani Maut Dirempuh Kereta - Semasa | mStar

Petugas JKM Sungai Petani Maut Dirempuh Kereta

ALOR SETAR: Seorang petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani maut selepas motosikal yang ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta di Batu 8, Jalan Alor Setar-Sungai Petani di sini, Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa Zaidi Mokhtar Affandi, 33, dari Kampung Imam, Jitra dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke Alor Setar bagi menjemput isterinya.

Mangsa dipercayai cuba memotong sebuah motosikal lain sebelum dirempuh sebuah kereta Viva yang dipandu seorang doktor wanita yang dipercayai cuba memotong sebuah lori di laluan bertentangan.

Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh di atas kereta tersebut dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain