suria

Tiga Penjenayah Ditembak Mati Polis Miliki Rekod Jenayah

GEORGE TOWN: Sekurang-kurangnya tiga lelaki yang ditembak mati oleh polis pada pagi Isnin mempunyai rekod jenayah.

Dalam satu kenyataan oleh pihak polis berkata, J. Gobinath, 31, pernah didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan dengan menggunakan senjata.

Suspek dijumpai mati di bilik utama sebuah pangsapuri di Sungai Nibong, selepas dia dan empat rakannya yang lain ditembak mati oleh pihak polis pada pukul 5 pagi.

N. Rakan, 25, juga menjadi buruan polis di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan mencederakan orang awam.

Sementara M. Suresh, 25, turut dikehendaki di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana berdemonstrasi.

Ketika berita ini ditulis, tiga pucuk pistol turut ditemui di unit pangsapuri berkenaan.

Si mati dipercayai terlibat dengan beberapa kes tembakan di negeri itu pada tahun ini dan mereka dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Geng 04.

Difahamkan bahawa pihak polis telah memantau aktiviti kumpulan berkenaan sebelum menyerbu mereka pada Isnin.

Artikel Lain