DAP Tangguh AGM P.Pinang Untuk Pemilihan Semula CEC - Semasa | mStar

DAP Tangguh AGM P.Pinang Untuk Pemilihan Semula CEC

GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang kemungkinan besar akan menangguhkan mesyuarat agung tahunan (AGM) pada akhir tahun ini untuk memberi laluan kepada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng berkata parti perlu menanggguhkan AGM Pulau Pinang berikutan pemilihan semula CEC dijangka diadakan awal November.

"Kami akan bincangkan perkara ini pada mesyuarat di Kuala Lumpur Khamis ini tetapi kemungkinan besar kami terpaksa menangguhkan AGM Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Straits Garden Playground-By-The-Sea' di sini, Ahad.

Beliau berkata pada mesyuarat Khamis ini, anggota parti akan memutuskan venue bagi pemilihan semula CEC.

Khamis lepas, Pengerusi DAP Karpal Singh mengumumkan parti akan mengadakan semula pemilihan CEC untuk mengelakkan pendaftaran parti dibatalkan selepas diarah berbuat demikian oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Bagaimanapun, Lim juga berkata parti bersedia mendakwa ROS di mahkamah sekiranya Perdana Menteri dapat memberi jaminan yang pendaftaran parti itu tidak akan dibatalkan.

Katanya beliau bimbang pendaftaran parti akan dibatalkan jika mencabar arahan ROS untuk DAP mengadakan pemilihan semula CEC.

"Kami tidak mahu ambil sebarang risiko dan berharap Perdana Menteri akan memberi jaminan kepada kami bahawa ROS tidak akan membatalkan pendaftaran parti kami sebelum kami memfailkan tindakan undang-undang terhadap ROS," katanya.

Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CECnya selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan yang diadakan 15 Dis lepas.

DAP pada awalnya membantah arahan ROS itu tetapi kemudiannya memutuskan akan berbuat demikian. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain