suria

Penjenayah Heret Keluar Mesin ATM Guna Kenderaan 4WD

KULAIJAYA: Sebuah mesin ATM telah diheret keluar dari sebuah bank di Jalan Pasar di sini oleh kenderaan pacuan empat roda (4WD) warna hitam dan dibawa dengan kenderaan lain, awal pagi Jumaat.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 2.30-2.45 pagi dan dipercayai membabitkan lima suspek.

Rakaman CCTV menunjukkan pencuri menggunakan kenderaan 4WD untuk mengheret ATM keluar dari premis, sebelum dua suspek yang memakai sarung tangan memuatkannya ke dalam MPV putih sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata jumlah wang di dalam mesin yang dicuri masih belum dapat ditentukan.

Beliau berkata lapan cap jari telah diperolehi dari tempat kejadian dan jaket hitam yang ditinggalkan suspek telah diambil untuk ujian DNA.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain