suria

Pemilihan MT Jadikan Umno Lebih Terbuka, Demokratik, Inklusif - PM

Najib (kanan) ketika hadir ke sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur, Jumaat. Turut sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemilihan Majis Tertinggi (MT) Umno yang berdasarkan perlembagaan baharu parti menjadikan Umno lebih terbuka, demokratik dan inklusif, kata presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ini kerana jumlah yang memilih pimpinan tertinggi parti adalah seramai kira-kira 150,000 orang, jumlah yang lebih besar berbanding dahulu iaitu 2,600 orang.

"Jumlahnya lebih besar yang mencerminkan semangat dan hasrat kita untuk menjadikan Umno ini lebih terbuka, lebih demokratik dan lebih inklusif," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini, Jumaat.

Pemilihan MT Umno akan diadakan pada 5 Oktober manakala pemilihan bagi pergerakan sayap-sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri akan dilakukan pada 28 September.

Pendaftaran calon bagi semua jawatan di peringkat ahli majlis tertinggi, bahagian dan pergerakan sayap diadakan pada 7 September di Badan Perhubungan Umno Negeri.

Najib berkata, dengan kedudukan pemilihan yang berdasarkan perlembagaan baharu, ahli-ahli Umno dapat memilih pemimpin yang akan meletakkan parti pada asas yang lebih kukuh.

"Ini bererti kepimpinan itu boleh diterima parti dan rakyat. Ini yang paling penting sekali kerana kita bukan sahaja hendak pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi kita nak pemimpin yang berjaya dalam pilihan raya sekali," katanya.

Menurut Najib, Umno berharap untuk menjadi sebuah parti yang diterima sebagai parti pilihan rakyat.

Beliau menambah, sehubungan itu Umno perlu mengetengahkan pemimpin-pemimpin yang disenangi oleh rakyat.

"Maka proses pemilihan parti diharap dapat melontarkan mereka, yang kesudahannya mencerminkan imej yang positif di kalangan rakyat," katanya.

Mengenai calon-calon muka baru, Najib berkata, ia bergantung kepada 150,000 orang yang akan membuat pemilihan.

"Dengan kita membuka ruang yang lebih luas, kita percaya kemungkinan berlakunya muka-muka baru.

"Kemungkinan lebih tinggi mereka (muka baru) akan terpilih dalam senarai itu nanti. Tetapi kita tengoklah perkembangannya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain