Malaysia Negara Kelapan Paling Murah Jual Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat - Semasa | mStar

Malaysia Negara Kelapan Paling Murah Jual Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah negara kelapan di dunia paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata harga murah itu hasil pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak.

"Daripada 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Ahmad berkata kerajaan telah memberi subsidi sebanyak 90.4 sen untuk setiap liter diesel dan 90 sen untuk setiap liter petrol RON95.

Katanya, untuk diesel rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter bukan RM2.74 manakala untuk petrol RON95 pula rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter.

"Tanpa subsidi sebanyak 90 sen seliter, harga petrol RON 95 sepatutnya RM2.80 seliter," katanya.

Menurut beliau, gas memasak juga tidak terkecuali menerima subsidi yang besar di mana bagi tong gas memasak seberat 14 kilogram, rakyat membeli pada harga RM26.60 setong berbanding harga yang sepatutnya dijual adalah RM47.46 setong.

"Ini bermakna kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20.80 setong," katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan berlakunya penyeludupan minyak ke negara jiran adalah disebabkan harga minyak yang murah di Malaysia.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mempunyai mekanisme tertentu bagi menangani masalah penyeludupan minyak. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain