suria

Warna Dakwat Kekal Boleh Muncul Lepas Cuci -SPR

Proses celup jari semasa Simulasi proses pengundian dan cara mencelup dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Besut di Besut, Khamis. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR

BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan warna dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan muncul semula walaupun selepas dicuci.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun berkata, pengundi perlu memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum mencelup jari ke dalam dakwat.

"SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari.

"Setelah dicelup dakwat kekal itu perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering," katanya menerusi kenyataan di sini, Khamis.

Selain itu Abdul Aziz berkata, suruhanjaya itu juga menghantar contoh dakwat kekal itu kepada Jabatan Kimia untuk diuji dari aspek kandungan bahan kimia yang digunakan.

Katanya, SPR juga mengadakan perbincangan debgan Kementerian Kesihatan mengenai penggunaan dakwat kekal itu bagi memastikan kandungannya tidak memudaratkan kesihatan pengundi.

Sementara itu, SPR melakukan simulasi proses pengundian termasuk kaedah baru penggunaan dakwat kekal kepada media di Pejabat Daerah Besut di sini.

Wakil media turut diberi peluang mencelup jari ke dalam dakwat kekal baharu yang digunakan SPR pada pilihan raya kecil ini.

Wartawan portal berita Malaysiakini, Lee Long Hui yang diberi peluang mencuba dakwat berkenaan mengakui dakwat itu tetap kekal walaupun selepas dua kali dicuci menggunakan sabun tangan.

Hasil pemerhatian didapati warna dakwat kekal pada jari yang dicelup kelihatan bewarna ungu pudar pada mulanya namun warnanya menjadi semakin gelap selepas hampir sejam.

Sebelum ini pelbagai pihak membidas SPR kerana menggunakan dakwat kekal yang didakwa tidak kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Artikel Sebelum

Artikel Lain