suria

27 Wanita Vietnam & China Salah Guna Pas Lawatan Sosial

BUTTERWORTH: Sebanyak 27 wanita warga Vietnam dan China didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Perai di sini.

Kesemua mereka ditahan Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam serbuan di pusat hiburan itu kira-kira 10 malam tadi hasil maklumat awam. Turut ditahan pemilik pusat hiburan itu untuk siasatan.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri Basri Othman berkata semasa diserbu semua GRO berkenaan cuba melarikan diri dan ada yang bersembunyi di dalam tandas serta tong sampah di premis hiburan berkenaan.

"Tetapi hasil tindakan pantas anggota Imigresen, kita berjaya menahan 15 warga Vietnam dan 12 warga China berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini malam Selasa.

Katanya semua mereka berusia 20 hingga 38 tahun itu didapati telah menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini dan beberapa daripada mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan. -BERNAMA

Artikel Lain