suria

Kepercayaan Orang Ramai Terhadap SPRM Semakin Meningkat

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima lebih banyak aduan rasmi mengenai amalan rasuah, yang merupakan satu petunjuk kuat bahawa badan itu semakin dipercayai dan orang ramai bersedia untuk berkongsi maklumat sensitif dengannya, kata Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM Tan Sri Hadenan Abdul Jalil.

"Surat 'tanpa nama' biasanya tidak membawa kepada apa-apa, tetapi apabila kita mempunyai sumber-sumber yang konkrit, mereka yang mengamalkan rasuah lebih cenderung untuk didakwa di mahkamah," katanya selepas menghadiri sesi taklimat di ibu pejabat SPRM negeri di Tampoi.

Hadenan berkata panel itu gembira dengan prestasi keseluruhan SPRM apabila 50 peratus daripada 1,000 kes yang difailkan di mahkamah telah diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

"Hanya sembilan kes mahkamah yang melebihi tempoh satu tahun," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain