suria

Jerebu: Hujan Bantu Cerahkan Langit Di Selatan Johor

JOHOR BARU: Hujan yang sekejap membantu untuk mencerahkan langit di bahagian selatan negeri ini dengan tiga kawasan sebelum ini terjejas teruk akibat jerebu telah pun mencatatkan bacaan tahap kualiti udara yang sederhana pada pagi Selasa.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, kualiti udara di Kota Tinggi, Larkin Lama dan Pasir Gudang bertambah baik kepada tahap sederhana setakat pukul 7 pagi Selasa.

Hanya Muar kekal pada tahap tidak sihat pada bacaan 165.

Keadaan langit yang lebih cerah itu menyebabkan ibu bapa mula menghantar anak-anak mereka ke tadika dan sekolah.

Semua sekolah sebelum ini diarahkan supaya ditutup sejak Jumaat.

Pemandu lori V. Anbalagan, 45, berkata dia berharap untuk lebih banyak hujan setiap hari bagi membantu mengurangkan jerebu di kawasan sekitar di Masai.

"Anak-anak saya mengalami masalah pernafasan sejak jerebu yang semakin teruk minggu lepas," katanya.

Suri rumah Rokiah Ismail, 34, juga berharap lebih banyak hujan bagi membantu menyejukkan rumahnya kerana amat sukar untuk tidur pada waktu malam kerana bahang.

"Sekarang ini keadaan begitu panas dan saya berharap untuk mandi dengan kerap untuk kembali rasa sejuk,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain